Terkini
Yuna bakal mencipta sejarah sebagai artis Malaysia pertama yang akan membuat kemunculan di dalam rancangan Conan O’Brien pada hari Isnin 2/4/2012 ini.
Kemunculan Yuna di dalam rancangan Conan O’Brien itu nanti adalah untuk mempersembahkan lagu single terbarunya. Hebat!
Kami di sini begitu teruja sekali untuk menyaksikan rancangan ini nanti. Dan untuk pengetahuan anda, antara selebriti yang turut terlibat untuk slot pada 2/4/2012 ini ialah Neil Patrick Harris (How I Met Your Mother) dan Kate Miccuci.
Maklumat lanjut berkenaan rancangan Conan O’Brien, sila layari http://teamcoco.com/
Terkini
KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013.
Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.
Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.
“Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan….
SELANJUTNYA
Terkini

Azza (Elite) telah mengumumkan yang dia akan bernikah dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April ini (Ahad) tanpa sebarang ikatan pertunangan kerana enggan melalui cabaran yang tidak diduga itu.
Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari berkata, sama ada bertunang atau tidak, ia bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih mudah untuk dirinya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga terus.
Untuk info, upacara pernikahan Azza itu nanti akan dilangsungkan di Masjid Bukit Antarabangsa selepas solat Zuhur. Majlis resepsi pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak yang belum lagi ditentukan tarikhnya.
Terkini
Penyanyi dan pelakon, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 28, dan isterinya Rahayu Abbas, 33, sudah bersedia dan teruja untuk menimang cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada pertengahan Mei ini.
Bukan sahaja sudah bersedia dari segi mental, tetapi Tomok memberitahu dia kini perlu bersedia dari segi material untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai bapa dan ketua keluarga.
“Alhamdulilah, kandungan isteri saya kini sudah mencecah bulan ketujuh dan kandungannya juga berada di dalam keadaan sihat.
“Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan teruja apatah lagi ini kelahiran sulung buat rumah tangga kami.
Walaupun seronok, saya juga sedikit cemas untuk memikul tanggungjawab ini dan disebabkan itu saya terpaksa terus lebih bekerja kuat untuk mencari rezeki buat keluarga,” katanya yang ditemui ketika rakaman pertama MasterChef Selebriti di Shah Alam, petang tadi.
Walaupun tidak melarang isterinya daripada meneruskan kerjaya sebagai pramugari di Malaysia Airline (MAS), Tomok berkata buat masa sekarang dia lebih menggalakkan isterinya untuk berehat di rumah selepas selesai melahirkan anaknya. [--]
Terkini
Alhamdulillah, Abby Abadi kini sudah berhijrah untuk bertudung setelah balik daripada menunaikan umrah.
Berikut adalah petikan daripada Berita Harian:
NIAT pelakon Abby Abadi, 34, untuk berhijrah dengan memakai tudung sudah lama terpendam di hati. Namun ibu tunggal kepada tiga anak comel itu bimbang jika terlalu digembar-gemburkan kelak, ia akan memakan diri.
Bagaimanapun kunjungannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu akhirnya mempermudahkan niat sucinya itu.
Menurut pelakon itu, selama ini dia enggan dituduh mempersendakan agama dalam soal bertudung.
Akuinya, dia khuatir melakukan hijrah itu atas desakan mahupun tuntutan semasa, sebaliknya mahu ia berlaku atas kerelaan sendiri.
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.
Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.
Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.
“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.
Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.
“Apa yang saya lalui termasuk perpisahan dengan Zul Ariffin juga barangkali sedikit sebanyak mempercepatkan agenda saya ke sana. Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya sebagai orang Islam, mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,” kata Abby.
Terkini
Pemain bolasepak kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek nampaknya akan terjun ke bidang pengiklanan apabila bakal terlibat bagi menjayakan iklan minyak wangi terbaru keluaran Simplysiti, milik Dato’ Siti Nurhaliza.
Apek bakal terlibat sebagai model dalam iklan tersebut.
Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara itu telah bertemu dengan penjaga gol kebangsaan itu bagi membincangkan perancangan tersebut. Pertemuan ringkas itu telah dihebahkan kepada umum menerusi akaun Twitter masing-masing.
Eau de Parfum Simplysiti dihasilkan dalam tiga haruman yang berbeza iaitu Pure, Memoir dan Precious.
“Wangian jenis Pure untuk rasa yang lebih segar, wangian Memoire pula untuk bau yang manis dan seksi dan wangian Precious untuk mereka yang sukakan bau yang agak keras.”
“Saya sukakan kesemua haruman ini kerana setiap satunya memiliki karektornya masing-masing.”
Ia kini telah pun berada di pasaran dan bakal dilancarkan secara rasmi pada April depan.
Peminat yang mahukan kelainan boleh mendapatkan Eau de Parfun SimplySiti pada harga RM69.90 untuk 50ml.
Terkini
Pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan.
Majlis akad nikah akan diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside sekitar jam 8.30 malam.
Jelas Awal, tarikh tersebut dipilih disebabkan kelapangan masa yang dimiliki oleh mereka berdua.
“Sebenarnya tidak ada sebab tarikh itu dipilih, cuma pada tarikh tersebut kebetulan lokasi yang dipilih tidak ditempah,”katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan mereka di Ampang, sebentar tadi.
Majlis sidang media tadi turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut bakal menggayakan busana rekaan Syaiful Baharim.
Sementara itu tutur Scha pula, dia amat bersyukur segala persiapan sudah pun siap lebih 70 peratus.
“Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu mempermudahkan persiapan majlis tersebut,”katanya sambil memberitahu mereka berdua telah pun menghadiri kursus kahwin pada penghujung bulan Januari lalu.
Sementara itu, majlis resepsi pula akan diadakan dua hari selepas itu (6 Mei) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Hampir 2000 tetamu dijangka hadir pada majlis berkenaan.
Dalam pada itu, enam episod eksklusif persiapan perkahwinan mereka akan disiarkan di Astro Ria, manakala majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Awani kelak.
Awal dan Scha dijangka akan berbulan madu di dalam negara sahaja kerana kesibukan kerja masing-masing.
Upacara merisik telah diadakan pada 30 Mei tahun lalu bersempena hari ulang tahun ke 28 Scha Al-Yahya.
Terkini
Ini berita yang kurang enak untuk dibaca, Mawi telah diikat dan dirompak di rumahnya pada awal pagi Isnin. Nilai kerugian pula mencecah RM10,000.
Fuhh..diharap semuanya baik sahaja bagi Mawi dan sekeluarga.. [--]
Terkini
Alhamdulillah, akhirnya Irma Hasmie(30) kini telah selamat bertunang dengan saudara Rezza(31) iaitu seorang ahli perniagaan.
Terpancar jelas kegembiraan di wajah Irma Hasmie ini yang memang cantik sekali dengan busana rekaan Hatta Dolmat.
Pasangan ini bakal bernikah pada 1 Julai 2012 nanti. Tahniah kepada Irma Hasmie dan Rezza.
[--]
Terkini
Lagi berita artis Malaysia menjadi duta, Yuna pula kini telah dilantik menjadi duta produk Samsung iaitu Samsung Galaxy Note.
Pengumuman perlantikan Yuna sebagai duta Samsung Galaxy Note telah pun dilakukan oleh Ketua Telefon Mudah Alih Samsung Malaysia, Lee Jui Siang. [--]