Awie: Teruk Sangat Ke Buka Kelab Malam?



awie-2013

Kelab malam kepunyaan Awie yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro di Ipoh, Perak sebelum ini telah mendapat kritikan sesetengah pihak yang kurang senang dengan perkara itu.


Walaubagaimanapun, Awie berkata dia tidak akan mempedulikan kritikan tersebut dan akan terus mengembangkan lagi perniagaannya itu dengan membuka tiga lagi cawangan iaitu di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan dalam masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama, Awie juga turut menjelaskan bahawa kelab malam yang dibukanya itu adalah satu perniagaan berasaskan hiburan dan berharap masyarakat berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.

malai-rock-station-bistro

Menurut Awie lagi, perniagaan berasaskan hiburan bukanlah sesuatu yang baharu malah sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain yang telah menceburi bidang itu.

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?”

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis..”

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.”

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?”

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” – Petikan kata Awie di Mstar Online

Kongsi dengan rakan anda:

Anda Mungkin Juga Meminati: