Benarkah Erra Fazira Makin Kurus?



erra-fazira-makin-kurus

Ramai yang mengatakan Erra Fazira (38) sekarang ini kelihatan seperti makin kurus, hinggakan ada dakwaan yang mengatakan Erra Fazira mengalami tekanan hidup dan sedang berjuang dengan sesuatu yang cuba disembunyikannya.

Walaubagaimanapun Erra Fazira telah menafikan dakwaan tersebut. Erra menjelaskan berat badannya masih sama seperti dulu dan ia berkemungkinan disebabkan sibuk bekerja selain tanggungjawab sebagai ibu kepada anaknya yang masih kecil, Engku Aleesya (3 tahun).

Mengulas lanjut berkenaan perkembangan terkininya, Erra Fazira beberapa bulan lepas telah muncul dengan single terbaru berjudul Cinta Diam-Diam hasil ciptaan Manusia Putih. Tetapi malangnya single tersebut tidak mendapat tempat di stesen radio utama tempatan.


Biarpun kecewa, Erra Fazira tetap akan tampil dengan single kedua tidak lama lagi. Lagu yang masih belum mempunyai judul itu adalah hasil duet bersama Datin Paduka Umie Aida.

Sumber: myMetro

Kongsi dengan rakan anda: